Pages

Islamic Widget

Berita perkuburan



Setiap daripada kita pasti akan melalui alam perkuburan. Dan mereka yang telah pergi mendahului kita tidak kembali lagi untuk sampaikan apa yang berlaku di perkuburan sana. Masing-masing menunggu giliran kematian yang akan datang dengan tiba-tiba dan orang yang beruntung adalah mereka yang telah membuat persiapan sebelum kematian menjemputnya.

Dari Hani Rahimahullah (seorang hamba) yang di bebaskan oleh Uthman r.anhu meriwayatkan adalah Uthman r.anhu apabila mengunjungi tanah perkuburan akan menangis sehingga janggutnya menjadi basah. Seorang berkata kepadanya kenapa apabila kamu diceritakan mengenai syurga dan neraka, kamu tidak menangis sebagaimana kamu menangis apabila melihat perkuburan? Uthman r.anhu menjawab sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda perkuburan ini ialah persinggahan yang pertama daripada persinggahan-persinggahan akhirat. Maka barangsiapa berjaya dipersinggahan pertama ini maka persinggahan yang selepasnya akan menjadi mudah, tetapi jika dia gagal daripadanya, persinggahan yang seterusnya akan mejadi lebih sukar dan baginda Rasulullah saw bersabda aku tidak pernah melihat satu pemandangan yang lebih mengerikan daripada siksaan kubur. [H.R Tirmizi]

Dari Abi Said r.anhu meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah saw telah masuk ke tempat sembahyang, baginda mendapati beberapa orang sedang bergelak ketawa sehingga ternampak gusinya. Rasulullah saw bersabda sekiranya kamu banyak mengingati maut iaitu satu benda yang akan memutuskan kamu dari kelazatan hidup nescaya kamu tidak akan berkeadaan seperti ini. Sesungguhnya tidak akan berlalu satu hari pun di mana tanah perkuburan kecuali akan bersuara, aku adalah rumah pembuangan, rumah yang sunyi, rumah yang dipenuhi dengan debu dan aku adalah rumah yang dipenuhi dengan cacing-cacing. Apabila seorang mukmin dikebumikan kubur akan berkata, selamat datang untukmu. Kamu telah datang dengan keadaan baik. Di antara orang-orang yang masuk ke perutku kamulah orang yang paling aku sukai. Sekarang apabila kamu diserahkan kepadaku, kamu akan melihat bagaimana aku akan melayanimu dengan baik. Kemudian kubur akan diperluaskan sejauh saujana mata memandang dan sebuah pintu yang menghala ke syurga akan dibukakan. Seorang yang berdosa apabila dimasukkan ke dalam perkuburan, kubur akan berkata tidak ada ucapan selamat datang untukmu, di antara orang-orang yang dimasukkan ke dalam perutku engkaulah orang yang paling aku benci sekali, sekarang kamu telah diserahkan kepadaku, kamu akan lihat bagaimana aku melayanimu. Lalu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah di antara satu sama lain, (sebagai isyarat) Rasulullah saw menyilangkan kedua-dua belah jari-jemari tangannya. Kemudian 70 puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya, sekiranya seekor sahaja mematuk di atas muka bumi ini nescaya tidak akan tumbuh sebarang pokok dan tumbuhan sehingga hari kiamat. Ular itu akan mematuk sehingga ke hari kiamat. Baginda Rasulullah saw bersabda kubur adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau sebuah lembah dari lembah api neraka. [H.R Tirmizi]

Dari Anas ibn Malik r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda seorang hamba apabila dimasukkan ke dalam liang kubur dan orang-orang yang menghantar jenazahnya telah meninggalkannya (masih dalam jarak yang hampir), di mana suara-suara tapak kaki mereka masih kedengaran, pada masa itu juga dua malaikat telah datang menghampirinya. Malaikat telah mendudukkan orang itu, kemudian bertanya, Apakah pandangan kamu tentang seorang iaitu Muhammad? Kalau dia seorang mukmin, dia akan berkata, Aku bersaksi bahawasanya dia adalah hamba Allah swt dan PesuruhNya, maka akan dikatakan kepadanya, lihatlah tempatmu di dalam neraka, maka Allah swt menukarkan tempatnya ke dalam syurga dan dia telah melihat kedua-dua tempatnya. Adapun mengenai orang-orang munafik dan orang kafir (selepas mati juga) akan ditanyakan kepadanya, apakah yang kamu ketahui mengenai orang ini? Dia akan menjawab, aku tidak tahu mengenainya, cuma aku mengatakan apa yang orang lain katakan. Maka akan dikatakan kepadanya, kamu tidak tahu mengenainya, tetapi kamu tidak mengikut orang yang tahu. (Maka sebagai balasannya) Orang itu akan dipukul dengan sebuah penukul besi yang menyebabkan dia menjerit dengan jeritan yang amat kuat didengari oleh (makhluk) sekitarnya kecuali manusia dan jin. [H.R Bukhari]