Di dalam ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula
Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah Melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan, syariat-Nya orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isinya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya
Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat kerana keadilan-Nya
Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum, Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan, memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat, memberi niqmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa, tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha Suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui
Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga, kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkehendak adalah Zat-Nya
Begitu juga melihat, mengetahui, mendengar, adalah Zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar
sumber : http://cahayamukmin.blogspot.com
Tijarah
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
( Surah An-Nisa’ ; 29 )
( Surah An-Nisa’ ; 29 )
Manafaatkan masa sebaiknya
Bismillah, wassolatu wassalamu'ala rosulillah
Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara
[1] Masa mudamu sebelum datang masa tuamu,
[2] Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Masa Hidupmu sebelum datang masa matimu.
(HR. Al Hakim)

Jagalah Allah
Bismillah, wassolatu wassalamu'ala rosulillah
Allah swt bebas dan tidak perlu di jaga tetapi jagalah suruhan Allah dan tinggallah larangan Allah.
"Wahai anak Adam,lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan menghapuskan kemiskinanmu.Jika tidak, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghapuskan kemiskinanmu"
(Maksud Hadith Qudsi - At-Targhib)

Doa Mohon Dijadikan Hamba yang Bersyukur
Bismillah, wassolatu wassalamu'ala rosulillah
اللَّهُمَّ أعِنِّىْ عَلَىْ ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allaahumma A’innii ‘ala dzikrika, wa syukrika, wa husni ‘ibaadatika
Ya Allah, tolonglah kami untuk berdzikir kepada-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta beribadah dengan baik kepada-Mu
Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh. (An-Naml : 19)
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (Al-Ahqaf : 15)
Amat sedikit manusia yang bersyukur
Bismillah, wassolatu wassalamu'ala rosulillah
Bersama-sama kita hayati akan firman Allah swt ini:
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."
[As Sajdah:9]
"Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati." (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur." [Al Mulk:23]
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur." [Al Mu'minuun:78]
"Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." [Al Mu'min:61]
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." [Al A'raaf:10]
"...Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur." [Saba:13]
"...Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya." [Al Aadiyat:6]
Termasukkah kita ke dalam golongan yang amat sedikit ini?

Perbaharuilah Iman setiap saat dan ketika
Bismillah, wassolatu wassalamu'ala rosulillah
Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sentiasalah memperbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?”. Baginda s.a.w. bersabda, “Perbanyakkan ucapan LAAILAHA ILLALLAH. [Hadith Riwayat Imam Ahmad]
Dalam satu riwayat, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Iman akan lusuh seperti mana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu. Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.
Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah di hatinya satu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu akan lenyap, jika tidak tanda itu akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Kemudian keadaan hati itu akan berubah sama sekali sehingga perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hatinya.
Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia:
- Berbahas dengan orang jahil
- Melakukan banyak dosa
- Banyak bergaul dengan wanita yang bukan muhram
- Sering duduk bersama dengan orang yang mati. Baginda ditanya “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” Jawab Baginda s.a.w “Setiap orang yang kaya menjadi sombong dengan hartanya.”
[Hadith dari Fadhilat Zikir]
Subscribe to:
Posts (Atom)